JURULATIH Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad bangga dan berpuas hati dengan mutu persembahan yang dipamerkan anak didiknya ketika berhadapan Pahang dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Mengakui anak didiknya 'lambat panas' pada babak awal perlawanan, namun bagi Fandi, sikap bekerja keras dan tidak berputus asa yang ditunjuk pemain wajar diberikan pujian.
"Walaupun ketinggalan 0-2 pada babak pertama, pemain kembali bangkit menerusi jaringan Andrezinho pada minit ke-48.
"Mereka kembali bersemangat selepas saya memberi motivasi agar bermain secara bermatian-matian untuk bangkit pada babak kedua perlawanan," kata Fandi.
Semalam, skuad Harimau Selatan layak ke pentas final Piala FA meskipun tewas 1-2 ke atas Pahang.
Berbekal kemenangan 1-0 pada aksi pertama di Larkin 25 Mei lalu, JDT mara menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat terikat 2-2 sekaligus melakar sejarah sebagai pasukan berstatus kelab kedua berjaya melangkah ke final selepas Sime Darby, musim lalu.
Mengulas lanjut, Fandi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pemain kerana telah berusaha keras untuk membawa pasukan JDT ke pentas final bagi menamatkan penantian selama lima belas tahun untuk mara ke final Piala FA musim ini.
Jelasnya, kejayaan malam tadi merupakan satu detik bersejarah bagi pasukannya yang kali terakhir layak ke final Piala FA pada 1998 dan muncul juara selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah di laman sendiri.
"Motivasi tinggi yang dipamerkan pemain antara kunci kejayaan JDT malam tadi, pemain juga menunjukkan satu semangat yang baik dan itu amat membanggakan saya,
"Apa pun, masih banyak yang perlu ditingkatkan dalam mutu permainan pemain terutama untuk mengharungi perlawanan final nanti," ujar Fandi yang mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana mereka telah bermain dengan baik pada perlawanan itu.
JDT akan menentang juara bertahan Piala FA, Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 29 Jun ini.

Sumber : Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment